Talk To Us : 011.2709.7066 Get Your Professional Advise From Us Now
BizTrust Seal

13.11.17

PAKEJ MUDAH TUBUH SYARIKAT

PAKEJ MUDAH LESEN PELANCONGAN

9.11.17

Masih ramai yang menipu dan masih ramai juga yang tertipu

MASIH RAMAI YANG TERTIPU…… 
Masih lagi berlaku kes2 seperti dipaparkan di screenshot ini. Integriti segelintir manusia semakin hilang dikikis oleh material wang dan keuntungan. Kes2 seumpama ini bukanlah kali pertama kami hadapi. Cuma kali ini kami rasakan perlu untuk berkongsi hal ini kepada public.

Apa yang dipaparkan di screenshot ini adalah merupakan klien dibawah agensi pengurusan lain dimana beliau tidak mendapat kerjasama daripada Setiausaha Syarikat yang dilantik daripada agensi pengurusan tersebut.

Walau bagaimana pun, di setiap kes yang kami terima kami tetap cuba membantu sebaik mungkin dengan memberikan khidmat nasihat yang sepatutnya supaya masalah tersebut dapat diselesaikan. Ini adalah merupakan tanggungjawab sosial yang kami praktiskan difirma Setiausaha Syarikat Syamsiah Haruna sejak dari awal penubuhannya.

Selalunya masalah seumpama ini timbul apabila Agensi pengurusan syarikat yang dilantik tidak memberikan perkidmatan yang sepatutnya seperti yang dijanjikan. Agensi seumpama ini selalunya menawarkan pakej yang murah dan pelbagai tawaran menarik yang kadang2 tak masuk akal langsung.

Objektif utama mereka hanya lah satu iaitu adalah mengejar kuantiti klien yang banyak.

Dipendekkan cerita pada kes yg dipaparkan di screenshot itu, akhirnya klien tersebut dapat menguruskan masalah tersebut pada Mac 2017.

Beberapa bulan kemudian, pada 25 Ogos 2017, kami sekali lagi dihubungi oleh klien yang sama tetapi dengan masalah yang berbeza. 

Kali ini lebih parah lagi dimana bayaran utk perkhidmatan kepada agensi pengurusan syarikat telah pun dilunaskan sepenuhnya, tetapi klien masih belum mendapat perkhidmatan yang telah dibayar dan lebih malang lagi, syarikat klien telah dikenakan KOMPOUN oleh S.S.M.

Maksudnya Agensi tersebut tidak buat kerja walaupun bayaran penuh sudah dibuat. Akhirnya Klien menanggung kompoun yang banyak. Kesian kan…

Kami cuba mendalami dan mencari punca masalah tersebut dan kami dapati bahawa masalah berlaku apabila Setiausaha Syarikat dilantik tidak bertindak dan memberikan perkhidmatan yg sepatutnya. 


Pada screenshot ini, kita boleh tengok sendiri kenapa klien ini di kompoun (Tentunya laporan audit tidak dibuat dn dihantar). Selama syarikat tersebut diwujudkan, klien hanya diuruskan oleh “Runner”. Tak pernah urusan klien ini diuruskan oleh Setiausaha Syarikat yang dilantik. Walaupun klien ini insist utk berjumpa dengan setiausaha syarikat tersebut, tetapi beliau tidak diberi peluang langsung.


Akhirnya, kompoun tetap perlu dijelaskan……..Siapa yg rugi?



Berikut adalah tips untuk kali pertama berurusan dengan Agensi pengurusan Syarikat / Korporat

TIPS BERURUSAN DENGAN SETIAUSAHA SYARIKAT UTK KALI PERTAMA
  1. Call Setiausaha Syarikat tersebut dan dapatkan Nombor lessen
  2. Semak Nombor lessen di portal SSM
  3. Mintak Sebutharga Official
  4. Kalau tak jelas @ Tak faham, call semula dan pastikan butiran kerja dinyatakan.
  5. Make sure untuk kali pertama, anda berurusan dengan setiausaha syarikat dan bukan selain daripadanya (Assistant,Agent,Runner dan yang sewaktu denganya) 
  6. Dapatkan sedikit nasihat daripada agensi berkenaan sebelum melantik pengurusan terbabit.
  7. Knowledge is the most precious tools, test dengan pelbagai soalan yg berkaitan dan pastikan setiausaha syarikat yang dilantik mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang mendalam berkenaan akta syarikat. Sebab setiausaha syarikat adalah orang yang menjaga syarikat supaya tidak melanggar Akta Syarikat.

TAKTIK IKLAN YANG SELALU DIGUNAKAN AGENSI SEUMPAMANYA
  1. Tawaran harga yang sangat murah (ada yang cuma harga kos shj)
  2. Pelbagai tawaran kombo bersama harga yang sangat murah serendah harga kos sahaja
  3. Tidak menyatakan dengan jelas butiran harga
  4. Caj tersembunyi yang hanya dinyatakan diklausa lain

Selalunya iklan2 seumpama ini memang memberikan tawaran yang murah supaya pembaca akan membeli pakej yang ditawarkan, kemudian klien akan dikenakan pelbagai caj yang terlalu tinggi dan selalunya caj2 yang melampau tinggi ini akan dikenakan ketika hujung tahun.  


Demikianlah serba sedikit berkenaan cara kami dan etika menjaga Klien2 dibawah pengurusan Firma kami. Kami sentiasa bersedia didalam selok-belok Akta Syarikat dan memberikan solusi terbaik untuk Klien. 

Kes diatas bukanlah kes Klien kami dan kami memberikan khidmat nasihat FOC, apatah lagi klien2 dibawah pengurusan firma kami, tentulah kami akan memberikan khidmat yang lebih baik lagi ....

Untuk keterangan lanjut berkenaan khidmat setiausaha syarikat boleh hubungi kami ditalian yang tertera






Search

Blog Archive

Ads