Talk To Us : 011.2709.7066 Get Your Professional Advise From Us Now
BizTrust Seal

16.1.18

SHARE INFO BUSINESS - RM Duit Kita Punya Ke ....... RM Duit Syarikat Yang Punya?

INFO - BUSINESS

Apabila duit telah dimasukkan kedlm Akaun Sykt Sdn.Bhd, maka ia adalah duit syarikat.
Walaupun Syarikat itu milik kita, dilarang sewenang2nya kita keluarkan duit mcm keluarkan duit di Mesin ATM.
Habis tu, mcmana nak keluarkan duit?
Duit boleh dikeluarkan utk operasi syarikat. Contohnya: Sewa Opis, Utilities, Petrol, Company Car Maintenance, EPF, Gaji dan sebagainya.

So, Tetapkan gaji anda sebagai pengarah setiap bulan (Ini akan jadi sebagai Kos Operasi). So every months, anda ada income tetap dari Sykt anda sendiri.
So, Kalau dah tau kos operasi sebulan berapa RM nak guna, baru sedikit sebanyak kita tahu berapa banyak sales yg nak kita kejar.


Untung syarikat yg banyak2 tu nak buat mcmana?
Ye, setiap hujung tahun akan ada pembentangan akaun untung rugi. Kat sinilah kita akan declare, untung atau rugi syarikat.
Kalau untung, boleh lah declare Bonus , dividen dan sebagainya.
Actually, this things simply mcm anda bekerja di syarikat anda sendiri.

Tak kisahlah, samada anda memiliki Syarikat Sdn.bhd atau Enterprise, akaun untung rugi syarikat amatlah penting.

Lebih baik lagi, anda ambil tahu dan faham fasal beza Syarikat sdn.Bhd dan Enterprise.

Call us at 011.2709.7066 for more info berkenaan Syarikat sdn.Bhd

14.1.18

Chapter 1 - Jom Kita Fahami Serba Sedikit Pasal ENTERPRISE

JOM KITA FAHAMI SERBA SEDIKIT PASAL  ENTERPRISE 

ENTERPRISE adalah merupakan satu medium perniagaan yang boleh didaftarkan di S.S.M (Dahulu didaftarkan di Registrar Of Business = R.O.B)


ENTERPRISE

  • Boleh didaftarkan sebagai Milikan Tunggal Atau Perkongsian
  • Punyai liability tidak terhad. Jika perniagaan mengalami kerugian dan ada tuntutan daripada pihak ketiga, asset persendirian juga akan terdedah kepada risiko.
  • Amat sesuai untuk perniagaan kecil dan sederhana.



SALAH FAHAM yang biasa dilakukan

  1. Tak Perlu buat Akaun Untung rugi        - ( SALAH )  -  ( Akaun untung rugi perlu dibuat.)
  2. Tak Perlu bayar Cukai                               - ( SALAH )  -  ( Cukai akan dikenakan sekiranya layak untuk dicukai)
  3. Merupakan sebuah syarikat                      - ( SALAH )  -  ( Ianya adalah merupakan sebuah PERNIAGAAN )
  4. Boleh upgrade kepada Sdn.Bhd               - ( SALAH )  -  ( Tidak boleh Upgrade kepada Sdn.Bhd )
  5. Boleh diwariskan                                          - ( SALAH )  -  ( Enterprise tidak boleh diwariskan )



Apa akan jadi SEKIRANYA sesebuah perniagaan ENTERPRISE (Sbg cth ABC ENTERPRISE) yang telah didaftarkan pada tahun 2011 dan beroperasi selama 7 tahun (Sbg contoh shj) dan memiliki Sijil M.O.F , Sijil C.I.D.B, Sijil Bumiputera dsb, mengalami scenario seperti dibawah:-

SENARIO 1 
Perniagaan Semakin Maju dan Membesar, kemudian pemilik nak tukarkan Perniagaan Enterprise tersebut kepada sebuah Syarikat Sdn.Bhd, Boleh atau Tidak?

TIDAK BOLEH.

  • Pemilik perlu menubuhkan sebuah Syarikat Sdn.Bhd baru (Sbg cth ABC Enterprise Sdn.Bhd)
  • Walaupun Syarikat tersebut mempunyai nama ABC Enterprise, ia adalah merupakan 2 entiti yang berbeza.
  • Pemilik wajib melantik Setiausaha Syarikat untuk Syarikat Sdn.Bhd Tersebut.
  • Sijil MOF,Sijil Bumiputera,Sijil CIDB sedia ada tidak boleh dipindah milik kepada Syarikat Sdn.Bhd yang baharu.
  • Syarikat tersebut perlu membuat pendaftaran baru untuk sijil-sijil tersebut.



SENARIO 2 
Perniagaan pada mulanya maju, kemudian menyusut dan ada tuntutan hutang daripada pihak ketiga

  • Tuntutan boleh dibuat keatas perniagaan dan pemilik, dan disebabkan Enterprise adalah sebuah entiti dimana liability nya tidak terhad, ini bermaksud penuntut boleh membuat tuntutan keatas asset pemilik enterprise sehingga kepada nilai yang sama dengan hutangnya.
  • Maksudnya, Sekiranya enterprise ini didaftarkan pada tahun 2011, Pemilik mempunyai asset yang dibeli pada tahun 1990, penuntut boleh menuntut asset tersebut.

12.1.18

Asyik2 Nak Menipu Jer - Jom Buat Baik Pulak

HARAP DAPAT MEMBANTU - PELANGGAN PAKEJ UMRAH DAN PELANCONGAN

Search

Blog Archive

Ads