Talk To Us : 011.2709.7066 Get Your Professional Advise From Us Now
BizTrust Seal

19.6.16

SEKILAS - PEROLEHAN TENDER KERAJAAN....... BAGAIMANA?




ILLUSTRATION - BY ELECTION
Selesai sudah dua pilihanraya kecil. PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar yang telah dimenangi oleh Barisan Nasional..... Yes.. Move on....

Sekarang kita bongkar rahsia tender kerajaan yang ramai yang belum tahu....

Pada dasarnya perolehan kerajaan terbahagi kepada kategori seperti dibawah:

  1. Pembelian Terus
  2. Sebutharga
  3. Tender

APA ITU PEMBELIAN TERUS

Perolehan pembelian terus ini dilakukan utuk perolehan yang bernilai maksima RM 10k
Perolehan ini diurus oleh institusi kerajaan itu sendiri

Contoh: Satu jabatan didalam institusi kerajaan memerlukan perolehan mesin Photostat yang bernilai sebanyak RM 7K. Maka pembelian ini boleh diuruskan oleh Jabatan itu sendiri setelah mendapat kebenaran Pengarah institusi tersebut. Jadi pembelian peralatan ini boleh dilakukan secara Pembelian Terus. Serba serbi perolehan ini adalah diuruskan oleh jabatan dan instutisi berkenaan. Perolehan ini dibuat disebabkan ada keperluan yang mesti diselesaikan segera. Oleh itu, tawaran perolehan ini adalah secara terus kepada vendor berdaftar yang dipilih. Maksud berdaftar di siniialah, Vendor yg berdaftar dengan institusi berkenaan.



APA ITU SEBUTHARGA

Sebutharga adalah merupakan satu cara perolehan kerajaan yg dilaksanakan oleh institusi kerajaan. Nilai perolehan adalah maksima sebanyak RM 250K (sesetengah institusi/kementerian sudah menaikkan aras ini lebih tinggi).

Pengurusan Sebutharga adalah dilakukan oleh institusi kerajaan tersebut setelah mendapat kebenaran daripada kementerian dimana institusi itu terlibat. Tawaran sebutharga adalah dibuka kepada public. Tidak secara terus kepada vendor yang dipilih. Oleh itu, public harus membida sebutharga ini dengan tawaran2 harga dan teknikal masing2.



APA ITU TENDER

Tender adalah merupakan satu cara perolehan kerajaan yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Kementerian yang terlibat. Pengurusan tender tersebut adalah dilakukan oleh Kementerian yang terlibat bagi pihak institusi dibawah seliaan kementerian yang terlibat. Nilai perolehan adalah sebanyak RM 250k (Mungkin aras ini juga telah dinaikkan) dan keatas. Tawaran adalah dilakukan secara terbuka kepada awam. Syarikat2 perlu membida dengan tawaran teknikal dan harga masing2.

Lebih kurang secara asasnya, begitulah serba sedikit sistem perolehan kerajaan setakat ni.



BAGAIMANA MENGETAHUI NILAI SESEBUAH TENDER?

Baiklah, bagaimana kita dapat tahu nilai sesuatu tender tersebut?. Selalunya, tender2 kerajaan akan ditawarkan melalui iklan suratkhabar @ website, dsb. Setelah kita baca tajuk2 tender tersebut, pastinya kita akan pilih tender2 tertentu yang terlibat dengan bidang syarikat kita sendiri.

CONTOH

 Selepas itu, boleh lah kita ke pejabat pentadbiran @ secara online @ E-Perolehan utk membeli dokumen tender. Baik, semasa nak beli tender ni, kita diminta utk sediakan Bank Draft sebanyak… RM______

Ada yg RM 50… RM 100… RM 200 dan sbgnyer… Pointer paling mudah as basic utk kita membuat bayangan nilai tender sebenar (budget tender) adalah, jika nilai dokumen tender yg kita beli itu sebanyak RM 100… Boleh dikatakan Nilai Tender tersebut ialah lebih kurang RM 1 Juta… mcm tulah lebih kurangnyer…

 


ILLUSTRATION

SYARAT AM TENDER / SEBUTHARGA / PEMBELIAN TERUS

  1. Syarikat Sdn.Bhd / Enterprise
  2. Mempunyai Sijil Kewangan (mengikut kod bidang)
  3. Berdaftar dengan E-Perolehan
  4. Berdaftar dengan GST (Sebahagian Tender Kini)
  5. Syarikat bertaraf Bumiputera (Boleh dikatakan hampir semua tender kerajaan)
  6. Nilai Syarikat (Modal Berbayar)
  7. Lain2 syarat khusus tender (Berdaftar dgn CIDB atau Suruhanjaya Tenaga
  8. Dan sebagainya

 

ILLUSTRATION
KENAPA SAYA GAGAL UNTUK MENYERTAI TENDER
  1. Perniagaan bertaraf Enterprise (Kebanyakan tender layak kepada Syarikat Sdn.Bhd)
  2. Tidak Mempunyai Sijil Kewangan
  3. Tidak Mempunyai Status Bumiputera
  4. Modal berbayar (Paid-Up Capital) nilai syarikat lebih rendah daripada syarat dikehendaki oleh tender
  5. Tidak mempunyai audited akaun
  6. Tidak mematuhi kriteria
  7. Tawaran spesifikasi yang lebih rendah atau tidak “comply”
  8. Tawaran harga yang terlampau tinggi
  9. Tidak mempunyai sijil2 yg dikehendaki seperti CIDB, Suruhanjaya Tenaga dsb.
  10. Dan sebagainya

 

KENAPA ENTERPRISE SAYA TIDAK DIPILIH UNTUK MEMENANGI TENDER?

ILLUSTRATION
Walaupun ada sesetengah tender sbg contoh tender kantin sekolah, tidak menitikberatkan samada tender itu dibida oleh Enterprise atau Syarikat Sdn.Bhd, tetapi boleh dikatakan majoriti Tender meletakkan syarat2 yang menjurus kepada Syarikat Sdn.Bhd. Terkini, yg didengar di “Market”, syarat tender memerlukan syarikat sdn.bhd yang sudah mempunyai 3 tahun Laporan Audit (Haaa nampak kan? Enterprise disqualified, sebab enterprise tiada laporan Audit)

Okay, dibawah ini disenaraikan serba sedikit:

  1. Enterprise boleh disamakan dengan individu (Perseorangan) manakala Sykt Sdn.Bhd adalah Pertubuhan
  2. Enterprise tidak ada dokumen yang menyatakan Nilai Syarikat (Paid-Up)
  3. Enterprise tidak mempunyai Laporan Audit

Ini adalah merupakan kriteria2 basic yang menggagalkan perolehan tender diperingkat awal, walaupun jadual teknikal spesifikasi kita comply dengan dokumen tender dan tawaran harga kita lebih murah, tetapi pemilihan tetap akan ditolak….. disebabkan dokumen jadual komersil kita tidak memenuhi syarat2 tender……


Actually banyak lagi sebab2 kenapa Enterprise amat sukar untuk memasuki tender2 kerajaan….. Jadi sebagai usahawan, anda harus berfikir semula pemilihan anda untuk menggunakan Enterprise utk memenangi perolehan tender kerajaan……



ENTERPRISE NAK UPGRADE KEPADA SYARIKAT SDN.BHD

Setengah orang berpendapat, saya cuba daftar enterprise dulu sebab murah, nanti saya upgrade ke sdn.bhd pabila bisnes saya semakin besar…

Do it right from beginning… Does it rings any bell??

Soalan yang biasa kami terima:

1.Bolehkah saya nak upgrade Enterprise saya kepada Sdn.Bhd?

Jawapan : TIDAK BOLEH sama sekali dan tidak dibenarkan

2. Apa yang saya boleh buat jika saya telah mempunyai Enterprise?

Jawapan : Daftar Syarikat Sdn.Bhd yang baru @ Ambil alih syarikat sedia ada

3.Bolehkah  Sijil Kewangan, Sijil Bumiputera, GST, Sijil CIDB, Sijil Suruhanjaya Tenaga, atau any sijil2 yang ada  yang telah  didaftarkan untuk Enterprise saya, dipindahkan kepada Syarikat Sdn.Bhd yang saya akan/baru tubuhkan?

Jawapan: TIDAK BOLEH. Sebab Enterprise adalah Entiti lain dan Syarikat Sdn.Bhd Entiti lain, walaupun pemilik yang sama dan nama syarikat yang sama

4. Apa jadi dengan rekod kewangan Enterprise saya?

Jawapan : Rekod kewangan tersebut tidak boleh dan tidak akan dirujuk sebagai rekod kewangan Syarikat Sdn.Bhd yang baru ditubuhkan. Oleh itu, rekod kewangan enterprise tersebut tidak boleh digunakan sebagai rujukan oleh bank sekiranya kita ingin mendapatkan kredit fasiliti bagi tender yang kita sertai.

5. Sekiranya situasi2 diatas berlaku, apa faedahnya saya tubuhkan Sykt Sdn.Bhd?

Jawapan: Perkara2 di atas dimaklumkan adalah supaya kita dapat minda yang terbuka sebelum memilih Enterprise atau Syarikat Sdn.Bhd. Maknanya, sekiranya kita telah target untuk menyertai tender2 kerajaan dan kita boleh menjangkakan business plan yang panjang, maka kita harus consider menubuhkan Sdn.Bhd rather than Enterprise.

6. Orang kata sukar untuk mengendalikan Syarikat Sdn.Bhd berbanding Enterprise.. Iye?

Jawapan: Perbezaan ketara yang boleh kita lihat adalah seperti dibawah:

  • ENTERPRISE
  • Enterprise wajib utk buat Laporan Kewangan dan Cukai.
  • Pemilik Enterprise yang menguruskan hal2 Enterprise
  • Pengeluaran wang tanpa pemantauan

  • SYARIKAT SDN.BHD
  • Syarikat Sdn.Bhd Wajib utk buat Laporan Kewangan, Cukai dan Audit (Ada extra 1 perkara berbanding enterprise iaitu Audited Report, dimana report ini skrg menjadi perlu untuk menyertai tender)
  • Hal2 penubuhan syarikat diuruskan oleh Setiausaha Syarikat. Pemantauan, peringatan,nasihat diuruskan oleh setiausaha syarikat…. Lebih sistematik.
  • Pengeluaran wang syarikat lebih terurus sebab akan diaudit.
  • Fee Setiausaha Syarikat setahun = Sebulan gaji basic staff  sebulan sahaja

So, Syarikat Sdn.Bhd ada 2 extra things berbanding Enterprise –
1. Laporan Audit.
2. Fee Setiausaha Syarikat. Itu shj perbezaan yg ketara.

Tetapi bila kita baca semula perkara2 yg dinyatakan di atas, bolehlah kita rumuskan bhw Sykt Sdn.Bhd mempunyai lebih banyak kelebihan dan kelayakan utk memenangi tender rather than Enterprise, So kos2 tambahan spt. Laporan Audit dan Fee Setiausaha Syarikat itu, bolehlah diserapkan kepada kos tender. Basically, as if anda tidak membayar apa2 kos pun, tetapi anda punyai span dan spectrum yang luas dan peluang yang lebih cerah untuk memenangi tender. Ianya boleh dianggap sebagai investment/modal/kos perniagaan……. Bagaimana tiada pelaburan, tiada modal dan kos kita hendak meraih keuntungan kan? Teori umum asas perniagaan kan…

Perkara utama yg anda harus nampak dan fikirkan adalah, dengan Syarikat Sdn.Bhd, anda sudah mempunyai kelayakan untuk menyertai tender berbanding Enterprise. Ini adalah basic scenario yang ada untuk menyertai perolehan kerajaan…

Jadi fikir2kanlah….





Harap2 artikel ini dapat membantu ramai orang diluar sana untuk mengetahui scenario perolehan tender kerajaan

Sekiranya, anda kini mempunyai ENTERPRISE dan berfikir untuk Menubuhkan Syarikat Sdn.Bhd, tetapi anda tidak pasti…. Hubungi Hotline kami di 011.2709.7066…. Kami berbesar hati untuk berikan khidmat Nasihat PERCUMA untuk anda.

Kami adalah The Corporate Consultant which is professionally licensed by Suruhanjaya Syarikat Malaysia….. Jom kita “Teh Tarik” pasal projek tender dan syarikat sdn.bhd… Sekurang2nya You are professional advised rather than nasihat yang agak2 dan just assumption… right?.....Let us be friends for benefits and success we search and conquest…. We are looking forward and ready to assist all entrepreneurs to be success in making a business decision….



------- We provide you a business freedom of Mind --------



Salaaam Sahur semua….. Bangkitlah untuk keberkatan…..









15.6.16

KELEBIHAN MEMILIKI SYARIKAT SDN.BHD ........ KETAHUI BAGAIMANA...!!

 
Bagaimana ....??? Baca selanjutnya HINGGA AKHIR

Boleh dikatakan, ramai bumiputera berminat memulakan perniagaan mereka dengan cara Milikan Tunggal (Sole Proprietorships), Perkongsian (Partnership).











Eh.. apa kaitannya dengan Tajuk kat atas... Bacalah selanjutnya.....


Terbaru ditawarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia ialah Perkongsian Liabiliti Terhad (P.L.T)

Selain daripada itu, yang biasa kita ketahui adalah Syarikat Sendirian Berhad (Sdn,Bhd) dan juga Syarikat Berhad (Bhd).

Jadi di sini dapat kita senaraikan jenis-jenis medium perniagaan seperti dibawah:-

1. Milikan Tunggal dan Perkongsian (Didefinasikan sebagai Perniagaan). Pendaftaran dijalankan dibawah Registrar Of Business (R.O.B) (Akta Perniagaan)

2. Perkongsian Liabiliti Terhad

3. Sendirian Berhad (Sdn.Bhd) dan Berhad ( Didefinasikan sbg Pertubuhan Berdasarkan Keuntungan). Pendaftaran dijalankan dibawah Registrar Of Company (R.O.C) (Akta Syarikat)

So, semua tu adalah jenis2 medium utk berniaga yang berbeza-beza. Yang mana patut kita pilih?

Ye pilihan adalah sangat mudah untuk kita buat. Secara asasnya, kita kena tahu serba sedikit berkenaan ketiga-tiganya baru boleh pilih……. Kalau nak tahu fasal perkara2 diatas, boleh lah hubungi kami di 011.2709.7066 (telegram), 012.773.5990 (whatsapp), atau boleh juga hubungi kami di Facebook/secretary.company, twitter dan IG @csharuna… Atau comment diblog ni…..

Yang paling mudah adalah kita boleh buat pilihan dengan mengukur kadar income kita sendiri….

Kalau income bisnes kita sebulan dlm RM 1000… maka rasanya tidak perlu kita tubuh syarikat berskala Berhad kan…

Ataupun, jika income perniagaan kita, sebulan mencecah puluhan atau ratusan ribu, tak kan kita nak gunakan medium perniagaan kita dengan saiz Milikan Tunggal Shj….. Sebab ada Pro and Cons nyer… lebih kurang macam tu lah

Posting kali ni bukanlah kita nak cerita berkenaan medium perniagaan ini, tetapi berkenaan.......
BAGAIMANA SYARIKAT SDN.BHD DAPAT MEMBANTU WARIS TERDEKAT YANG KITA TINGGALKAN WALAUPUN TANPA WASIAT.

So disini saya nak share sedikit cerita dari pengalaman seseorang yang saya jumpa di sebuah program sebelum ini… Kalau tgk posting yang lalu di https://csharuna.blogspot.my/2016/01/hot-bersama-dato-nurul-hidayah-bt-dato.html.

Saya ada berkongsi berkenaan Program Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (J.U.M.P) yang anjurkan oleh Pertubuhan Jaringan Usahawan. Program yang dirasmikan Oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi….

Dipendekkan cerita, pada waktu take 5 tu, dapatlah saya bersembang2 dengan salah seorang peserta program yg merupakan seorang pegawai kerajaan dibhg Penerangan Malaysia.

Selepas berkenal2 serba sedikit, dapatlah saya tahu bahawa dia berasal dari Tawau…. lebih kurang berjumpa dengan orang sekampung dengan saya jugalah, saya juga berasal dari Tawau Sabah..… Dan daripada masa itulah saya juga memperkenalkan diri sebagai seorang Setiausaha Syarikat…

Apabila beliau tahu bahawa saya seorang Setiausaha Syarikat, topic perbincangan menjurus lebih berkisar kepada topic usahawan bumiputera ..... Kebetulan, beliau telah ditugaskan untuk membangunkan program2 usahawan dan memperkasakan usahawan2 sedia ada….. Kami dapat berkongsi serba sedikt pendapat masing2 berkenaan usahawan2 bumiputera di Malaysia…. Bermulanya dengan cerita yang pendek, berlanjutan kepada topic yang panjang...

Kami seronok berkongsi pengalaman, pandangan dan pendapat masing2, bertukar idea-idea yang baik dan sedar tak sedar masa masa berlalu dengan cepat. Akhirnya, kami dapati dan bersetuju bahawa ramai usahawan bumiputera lebih selesa dan berminat untuk menjalankan perniagaan menggunakan medium Milikan Tunggal atau pun perkongsian. Amat kurang yang berpandangan dan selesa untuk menggunakan Syarikat Sdn.Bhd sebagai medium perniagaan mereka….. 
Yelah, ada sebab2 mengapa keadaan ini berlaku... ada pro and cons nyer yang masing2.

Yang TERBAIK dan Paling BEST sekali adalah cerita selanjutnya dari kenalan baru saya ini, sesuatu yang jarang terlintas di minda2 usahawan2 bumiputera...... Baiklah.. pegawai ini pun menyambung cerita lagi dengan pengalamannya sendiri …..

Kisahnya bermula dengan kisah keluarga angkat beliau di Tawau… dimana bapa angkatnya memiliki Syarikat Sdn.Bhd yang dikongsi bersama dengan dua lagi kenalan (Maksudnya Sykt Sdn.Bhd ini mempunyai 3 orang Pengarah). Alhamdulillah, saban tahun, Syarikat ini berdaya maju, dimana bapa angkatnya dapat menyara keluarga dan anak2 sehingga melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara….

Sehinggalah suatu hari, bapa angkatnya telah meninggal dunia…. Jadi beliau pun bergegas dari semenanjung Malaysia, mengambil penerbangan terus kembali ke Tawau utk menziarahi keluarga angkatnya seterusnya menguruskan jenazah bapa angkatnya sehingga selesai dikebumikan….

Jadi pada sebelah malam harinya, beliau tampil dan berbual dengan mak angkat beliau, dan seterusnya bertanya kepada mak angkat beliau pasal apa yang patut dibuat setelah kematian bapa angkatnya.

Pokok perkara bagaimana hendak menguruskan kehidupan lantaran setelah kematian suami. Yelah... mana nak cari punca rezeki setelah kematian suami, nak menanggung pelajaran anak diluar negara, bayaran bil2 lain dan yang penting macamana nak meneruskan dan menyara kehidupan seharian.

Mak angkat beliau adalah merupakan seorang surirumah sepenuh masa… Arwah suami tidak meninggalkan wasiat utk isterinya….. Jadi pendekatan untuk satu penyelesaian mudah yg diusulkan oleh ibu angkatnya antaranya ialah arahkan anaknya berhenti belajar di luar negara, kemudian, ibu angkatnya akan cari kerja yang boleh dibuat untuk menampung kehidupan seharian…. Kalau nak mengharapkan ..Simpanan suami pun sampai bila sahaja bleh menangung semuanya…..

Ketika masing2 sedang memberbicarakan apa yang patut dibuat seterusnya pada mlm tersebut,rumah mereka dikunjungi oleh rakan kongsi perniagaan arwah.

Maka disinilah bermulanya bagaimana Syarikat Sdn.Bhd dapat membantu waris yang ditinggalkan…Rakan perniagaan arwah telah memaklumkan supaya, anak yang sedang belajar diluar negara tu meneruskan pengajian sehingga selesai…

Kaedahnya yang diusulkan ialah:-

1. Perbelanjaan pembelajaran anak2 semua ditanggung oleh Syarikat.

2. Perbelanjaan harian (Jumlah RM 3000 sebulan) ditanggung oleh Syarikat.

3. Ansuran2 yg tertunggak sekiranya ada, bayaran bulanan kenderaan ditanggung oleh syarikat

4. Lain2 bayaran yang dipersetujui perlu akan ditanggung oleh syarikat….

Tetapi semua penyelesaiain yg ditawarkan oleh rakan kongsi perniagaan Arwah suaminya itu ditolak secara baik. Kalau boleh Mak angkat beliau tak mahu terhutang budi dengan sesiapa pun. Baginya, setelah suaminya meninggal dunia, syarikat tersebut tiada kena-mengena lagi dengan keluarganya…

Kemudian kedua-dua pengarah syarikat tersebut menjelaskan duduk perkara sebenar (Alhamdulillah arwah suami beliau mempunyai business partner yg baik dan jujur)..

Mereka menjelaskan bahawa, semua yang telah ditawarkan oleh mereka itu adalah merupakan hak2 bagi waris arwah yang telah ditinggalkan. Semuanya itu telah ditawarkan merujuk perkara yang terkandung di dalam Memorandum & Article syarikat mereka, Seterusnya, perkara ini juga termaktub didalam Akta Syarikat 1965 yang menyatakan bahawa, sekiranya pengarah Syarikat didapati meninggal dunia, semua saham pengarah yang meninggal tersebut adalah secara automatic dipindah milik kepada waris terdekat (Next Of Kin).

Oleh kerana Isteri arwah adalah merupakan waris terdekat (Next Of Kin), maka semua saham secara automatic menjadi milik Isteri arwah. Seterusnya, semua benifits yang telah ditawarkan oleh kedua-dua pengarah tersebut. kepada isteri arwah adalah merupakan hak isteri arwah yang mengikut nilai keuntungan dan saham syarikat.

Isteri arwah juga tidak perlu bekerja di syarikat tersebut disebabkan tiada pengalaman dan pengetahuan berkenaan syarikat…..

Disinilah sesuatu yang ramai orang terlepas pandang kebaikan Syarikat Sdn.Bhd..... Ramai yang tidak tahu.




 




Sebaliknya pula banyak juga kes2 seperti ini dimana waris tidak tahu hak mereka dan mereka juga diminta untuk menandatangani dokumen2 pindahan milikan saham syarikat kepada pengarah sedia ada (Melepaskan hak waris kepada pengarah sedia ada).



 




Kejadian kes2 seperti ni biasanya berlaku apabila tiada kejujuran, Pengarah/Rakan kongsi perniagaan yang tidak jujur dan waris tidak tahu hak2 mereka…. Maka ramai yang secara paksa atau terpaksa atau ditipu supaya menandatangan surat pindah milikan saham….

 





Baiklah… saya tak nak kupas kes2 tipu yang mcm tu…. Pilihlah Setiausaha Syarikat yang jujur dan fasih berkenaan Akta Syarikat 1965. Yang boleh memberikan Nasihat2 professional. Supaya anda, Syarikat anda, Perniagaan abda dan waris anda dilindungi haknya

Soalan biasa yang kami terima… Bolehkah perniagaan saya (Milikan Tunggal/Perkongsian) dipindah milik kepada waris terdekat saya? 
Jawapannya TIDAK BOLEH.

Okay, berbalik kes2 tertipu seperti diatas…. Apa yang anda boleh buat sekiranya berlaku kes2 seumpama itu?

Sekiranya anda telah diminta untuk menandatangani dokumen2 pindah milikan saham tetapi anda belum belum menandatangani dokumen2 tersebut, boleh lah hubungi kami seperti di contact diatas dan diblog ini. 


Kami telah menerima banyak kes2 dimana Setiausaha Syarikat telah gagal untuk menangani situasi2 seumpama ini apabila melibatkan Akta Syarikat 1965 dimana Setiausaha Syarikat sedia ada tidak fasih dalam undang-undang dan akta Syarikat…

Untuk makluman, ada pelbagai Setiausaha Syarikat yang ada di Malaysia.... Setiausaha Syarikat adalah merupakan individu yang dilesenkan secara professional oleh badan-badan bertauliah seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Majlis Peguam, MAICSA (Badan Professional Setiausaha Syarikat), M.I.A (Badan Professional Perakaunan). 
Kami adalah Setiausaha Syarikat yang telah ditauliahkan Oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia…. 

Dapatkan khidmat nasihat kami as your first or second opinion... PERCUMA jer tu... Okay... Have a good business dear all..... Selamat Bersahur.....


8.6.16

RELAX SEKEJAP - MAKANAN YANG JARANG ORANG MELAYU DAPAT RASA

Assalamualaikum... Alhamdulillah selesai sudah permulaan Ramadhan 2016.

Yer.. Ramai yang berlumba-lumba mengejarkan pahala. Ada juga yang pertama kali menjalani ibadah berpuasa sebagai isteri, atau suami, atau ibu... Mesti menarik pengalaman pertama masing2 memulakan ibadah puasa didalam keadaan yang lain dari tahun2 sebelumnya. Ada yang mula nak ajar anak2 berpuasa...dan sebagainya..

Tahniah pada semua yang berjaya menjalankan ibadah puasa

Masa2 ni ada yang teringat kembali berpuasa dizaman2 sebelumnya... bagaimana bangun sahur kali pertama, bagaimana memulakan puasa hari pertama ... bagaimana berpuasa di kampung mertua utk kali pertama... yer, semua orang ada pengalaman pertama berpuasa masing2.... Diingat kembali, dikenang kembali.. ada yang ceria gembira, ada yang sedih....

Yelah, kita tak tau kan... Ada orang kali pertama berpuasa tanpa anak2, tanpa suami, kehilangan isteri, kehilangan ayah dan bonda... Macam baru2 ni di tawau, kali pertama menyambut puasa dengan kehilangan harta benda akibat kebakaran.... Takziah pada mereka semua...

Baiklah.. walaumacamana sekalipun keadaan kita, sedih atau ceria.. Ibadah berpuasa adalah lebih utama... Tuhan menguji setiap manusia itu mengikut pada kadarnya... Maksudnya, kita ini diuji macamana sekalipun, tuhan tahu kita mampu menghadapinya...

Jadi bagaimana nak menghadapi semua itu? (Gembira dalah ujian, Duka juga adalah ujian).. So, Macamana nak menghadapinya? Yang paling mudah adalah, kita mesti tahu dan faham bahawa kita ini adalah orang islam.... Jadi hadapilah keadaan itu sebagaimana seorang islam.....

Macamana tu? Balik pada asalnya kita.... Islam itu tidak lari daripada 2 perkara... iaitu Al-Quran dan Sunnah..... Maka cari dan berpeganglah pada kedua-duanya.... Pasti kita akan jumpai keadaan kita sebagaimana yang diceritakan didalam Al-Quran dan Hadis.....

Naaaaah... Berbalik pada zaman berpuasa.... Lain orang lain cara sambutannya kan... Lain kenanganya kan? Lain juga budayanya kan? Mesti ada yang unik dalam diri anda yang sinonim dengan bulan puasa.......

Kalau di Tawau sabah.... Masih ada lagi kumpulan anak2 muda yang berjalan sekitar kampung dengan lagu2 ala nasyid mengejutkan orang kampung untuk bersahur... Ini bukan unik hanya di tawau, tetapi juga ada setengah2 tempat di semenanjung juga berbuat demikian..... Jadi apa yang uniknya dikawasan tempat anda yang masih diamalkan sehingga kini...

Antara yang menarik berbuka puasa di rumah mertua saya...

Setiap kali bulan puasa, Mertua saya mesti menghidangkan Juadah chinese food..iaitu "Mi Hun Ke" ..... Apa tu? Ye ini bukan bihun yang biasa kita makan.... Nothing significant dengan bihun langsung.... Oh ye, Btw.. Mertua saya adalah orang melayu ... Masa muda2 dulu, bapa mertua ditempatkan di sekolah cina untuk mengajar dan dikawasan penempatan cina.... Dari situ jiran kuarters guru adalah family cina... Hubungan baik kedua-duanya, specially mak mertua saya menyebabkan dia pandai membuat resepi2 masakan cina..... Banyak resepi yang dia tau buat... So, I am blessed with HALAL Chinese food... Yeah it is home made....

So, back to "Mi Hun Ke" (Sebutan org Hokkien)... "Mee Hoon Kueh" sebutan orang cantonese... Errmmm mouth watering even nak menulis pasal menu ni.... Saya belum jumpa anywhere HALAL chinese restaurant serve menu ni....

"Mi Hun Ke" ni adalah kombinasi kuah (something like soup) yang diperbuat daripada stok ikan bilis... sayur dan tepung ... Ni basic dia....haaaa kan bihun langsung tak ada...... lain2 tu nak tambah telur ke, cendawan shitake ke, chicken slice or fish slice ke tak kisah.... So bagi penggemar mi sup or steamboat or chinese food... this meal is among the best dishes you should try.....

Menu ni sedap kalau kita pair kan dengan sambal kicap... or sambal nasik ayam hainan...

Hujung weekend ni nak balik johor.... Nothing beats Mom Home made cook.......!! Yes my Mom in laws is my mom... hehehehe

Okay here we go.... (Picture yg dirembat dari uncle google)




BAHAN2 UTK MEMBUAT DOH



Mula2 tepung kita kena jadikan doh....


Jadi bahan2 tepung tadi kita kena uli untuk menjadikan doh

 

ULI JANGAN TAK ULIIII......



Uli tepung sampai jadi doh mcm ni ye...
 

Doh tepung ni nak buat apa lepas tu? Ermm... mudah je, guna rolling pin leperkan mcm prata dan lepas tu buat mcm gambar bawah ni..



Tarik2 tepung tu ikut suka...size semua just rule of thumb, nothing specific...

 

Dah tarik2 tepung tu nak buat apa pulak? As simple as mee segera... tgk gambar bawah ni...

Kemudian Tarik and koyak ikut size yg boleh makan... and cempak je ke dalam sup / anchovies broth.. Cheewah speaking pulaaak...

 

Sup yg berasaskan stok ikan bilis (jgn guna kiub ikan bilis... guna ikan bilis utk buat stok... jgn malas yee :))

Then rebus until tepung tu masak..... dalam pada tu, cempak laa sayur kegemaran, cendawan shitake or any kind mushroom, isi ikan or ayam.....


Benda ni sangat mudah mcm steamboat yg kita makan selalu je caranya...



Taraaaaa....!! 
Haaaa.... ni lah bentuknya kalau dah siap.... Guaranteed spesel sedaap..... Nak yang halal.. Kena buat sendiri, buangkan yang Haram......


Cuba laaaaa..... So sila enjoy more photo kat bawah ni....

Kat bawaaah sekali ada resepinya...... Uncle google yg supply... brg tak halal dah dikeluarkan.... Kalau ada yg ter miss tu... sila buangkan sendiri ye..... hehehehe

Oh ye kalau ada cerita2 anda yang menarik, boleh laa share2 kat sini.....

RED ARMADA..?? APA TU ?? CER GOOGLE FB RED ARMADA ACADEMY & STUDIO...... ORANG REMBAU.... YEAH... KEEP FIT Y'ALL....




Hurmmm.... succulent nice mee hoon ke









Sumber (http://www.deliciousasianfood.com)

Contrary to the word Mee Hoon being rice vermicelli, the Mee Hoon here is actually a Hokkien word which means flour. This is a soupy dish made using flour dough which has been flatten pancaked-style to small pieces. Some may even identify it as Pan Mee, but this is a home-cooked version and the flour cake is torn into pieces rather than machine-rolled to noodle form.


It is actually quite a healthy dish combining carbohydrates (flour), protein (meat) and fat (little oil is used), fibre (vegetables) and calcium (ikan bilis / dried anchovies). The most important part of this dish is the ikan bilis stock as it gives much flavour to the overall dish. I like to have this for lunch.


This is my recipe for Mee Hoon Kueh (Flour Cake Soup)

Ingredients
200 grammes of flour (add some water and knead into a dough, allow dough to stand for 30 minutes and then separate them into balls about half the size of an egg)
3/4 bowls of ikan bilis (boil in 5 soup bowls of water for 30 minutes to make ikan bilis stock. Discard ikan bilis thereafter)
1/2 bowls of ikan bilis (rinsed)
50 to 100 grammes of chicken or beef tenderloin (marinate with 2 teaspoons light soya sauce)
200 grammes or more of chinese mustard leaves (choy sum / sawi) (washed and cut to bite sizes)
5 pieces dried chinese mushrooms (pre-soaked in 1 bowl of water till soft and cut into strips discarding the stalk / stem. Retain water for cooking)
5 cloves of shallots (sliced thinly)
Oil for frying (preferably palm oil)
2 pinches of chinese salted vegetable (tung choy)

Seasoning
Light soya sauce
Salt to taste

Method


Fry the 1/2 bowls of rinsed ikan bilis in sufficient oil till crispy. Remove and set aside. Discard oil.


Heat up wok and fry the shallots in about 3 tablespoons of oil till golden brown. Remove fried shallots and set aside. With remaining oil, saute pre-soaked mushrooms for 1 minute (add 1 teaspoon of light soya sauce whilst you saute the mushrooms). Add sliced chicken or beef tenderloins and stir-fry till almost cooked.


Add ikan bilis stock and water (used to soak mushrooms) and bring to boil. Meanwhile, using a rolling pin or bare hands, flatten the balls of dough invidually to make flour cake.


When soup is boiling (and keep it boiling throughout), tear flour cake to bite sizes (say approximately 5cm x 3cm) and throw them into the soup. Stir occasionally. Once you’ve finished with the flour cakes and with soup boiling, chuck in the chinese mustard leaves and stir for about 30 seconds whilst adding seasoning and salted chinese vegetables to taste.


Dish up in bowls (you’ll get about 4 bowls here) and sprinkle fried shallots and fried ikan bilis over the soup prior to serving.

3.6.16

TAX DAN BISNES ONLINE - APA KAITAN KEDUA-DUANYA??

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak



Yes, Sepanjang tahun berhempas pulas mengusahakan perniagaan untuk mendapatkan hasil keuntungan yang lumayan..... tetapi jangan lupa, bulan Ramadhan ini Allah menjanjikan pulangan yang lebih Lumayan dari segala-galanya bagi yang mengetahui.....

Baru2 ni ada terbaca kat whatsapp member .....viral yg mengatakan dropshipper dan bisnes online kena daftar....Kena cukai.... and so on


TERKINI ...... CUKAI


Mari kita tengok pada sudut perniagaan


Ok.. Sbelum tu, nak berkongsi sedikit sebanyak berkenaan Usahawan dan Perniagaan dulu.... bukanlah banyak mana pun pengetahuan yang ada... Tapi sekadar share pengalaman dan pelajaran yang ada

Info ni pun untuk adalah untuk newbie perniagaan..... Yelah sekarang ni banyak yang menceburi perniagaan, specially perniagaan online... Ada Agen lah, Stokis lah, Dropshipper lah dan macam2 lagi....


Bila dah ramai yang buat Online Business.... Eh..! Eh..!! tetiba pulak peniaga online kena daftar perniagaan... Kaaaaaan???  Pastu (Eh..! Eh..! lagi...hahahaha) dah daftar perniagaan, tahun depan mungkin kena tax pulaaaak lagii.... Adoi laaa..!! GST pun belum habis baca lagi... mcmana ni...?? Banyak nyer nak kena tahu..... 

Banyak nyer nak kena bayar tax... Banyak nyer nak kena buat........ Arrghh...!! Macam susah je nak berniaga.... 

Makan gaji laaaaagi senang..... Kerja jalan ke... tak jalan ke.. Itu gaaajiiiii... dia adaaa jalan jugaaak!!
Itu  kalau orang tu kerja gomen..... Tetapi orang kerja swasta pulak..... Kerja tak jalan..... Korang boleh jaalaaaaaan daaa..!! hehehehehe.......

Iye.. mcm2 persoalan kan? Jadi mcmana nak buat pilihan ni? Susah sangat ke nak buat pilihan.....???

Actually  mudah jer..... Jangan risau..!!

APA YANG PENTING DIDALAM SETIAP PERKARA DI DUNIA??

Ya.. ASAS... Jika asanya kukuh, setiap perkara itu teguh... Sebagaimana muafakat juga, asasnya adalah Toleransi..... Jika Bangunan, asanya adalah Tapak.

Perniagaan juga mempunyai asasnya tersendiri...... Sebenarnya asas perniagaan itu banyak... kat sini cuma sedikit je panduan supaya tak serabut, dan ini adalah perkara yang paling asas sekali.......

So, kat sini mulakan dengan yang paling asas iaitu - 

.......MEMBUAT PILIHAN.......

 Mulakanlah dengan..... perkara yang paling utama....iaitu:-

1. KETUHANAN - Utamakan ALLAH dan RASUL dalam setiap perbuatan dan pilihan. SOLAT Istikharah, DOA dan TAWAKKAL..... Kemudian baru buat yang lain......

2. BERNIAGA or BEKERJA or BOTH..... (Tengok pada kedudukan situasi sendiri, sebab lain orang lain pandangan dan situasi mereka)

3. PLANNING - Perancangan perniagaan, Market survey, Tools Marketing . Nak guna IG ke Nak guna FB ke or mcm2 lagi tools... But "Blueprint" bisnes mesti ada ...

4. OBJEKTIF - Untuk apa berniaga? Bosan bekerja? Member ramai yang berniaga? Trend sekarang ramai yang berniaga? ...... (Objektif mesti kena jelas dan kukuh sebab apa nak berniaga) Bila objektif tepat dan kukuh, kita akan usahakan perniagaan kita itu supaya berjaya sebagaimana yang kita kehendaki..... Kalau saja2 nak ikut2 orang (Mungkin accidentaly berjaya or mungkin tidak)

5. FOKUS- Fokus ni memerlukan inisiatif dan disiplin diri. Macam kerja jugak, kita berusaha supaya pangkat, gaji dan bonus bertambah setiap tahun.... Perniagaan pun sama... Kita tak boleh tak fokus dan sambil lewa dan malas ...... (Macam selalu bila kita berurusan di kaunter2 tertentu, layanan yang kurang memuaskan dari pegawai2 - Biasalah prinsip diaorang tu, kerja lebih ke, kurang ke, gaji tetaaaap jalaaaan....hahahaa, sabarkan diri je laaaa). Perniagaan kita ni tak boleh buat macam tu.... sebab, kalau kita tak usahakan kira taraaak gaji laaaa .....

6. OPTIMIS DAN POSITIF - Sentiasa Optimis dan Positif... Respect perniagaan anda, Respect Pelanggan anda dan Respect diri anda..... Buang aura2 negatif, suara2 sumbang jangan layan........


Semua diatas tu adalah yang sangat2 paling asas dan simple tetapi memberikan impak yang besar pada perniagaan anda......


Selepas itu......  kalau dah buat semua2 tu... sekarang perniagaan anda nak berlandaskan apa? Maksudnyer "Vehicle" perniagaan anda..... Huh vehicle??Yaaa.... Perniagaan adalah merupakan satu transaksi antara dua pihak... Kalau dulu2 sebelum matawang wujud, semua transaksi adalah menggunakan sistem BARTER..... Tukar barang (Zaman sekarang pun masih ada menggunakan sistem ini). 

OK berbalik pada "Vehicle" tadi....... Bila transaksi berlaku, duit nak simpan kat mana? Dalam tabung boleh, Akaun bank boleh atau mcmana pun kita nak simpan tak menjadi masaalah .... Kalau income dropshipping  Bulanan RM dua tiga ratus, boleh lah simpan kat wallet je kan?? Tapi kalau income masuk RM ribu2 sehari, tak kan nak simpan duit dlm wallet mcm tu je kan? Mestilah ada proper akaun, dan disimpan dalam bank.....

Kalau simpanan dalam bank banyak... sebulan RM ribu2 lemon, rasa2nya kena cukai tak? Kat sinilah kenapa perlunya "Vehicle" sesebuah perniagaan... Supaya Akaun perniagaan teratur..... Kalau kena tindakan cukai pun... kita tahu yang mana income, yang mana kos.... Betul tak??

OKAY...Berikut ini yang dimaksudkan "Vehicle".... or "kenderaan" (Jenis2 Vehicle) bagi transaksi perniagaan anda...

1. SOLE PROPRIETOR - Milikan Tunggal
2. ENTERPRISE - Perkongsian
3. PLT - Perkongsian Liabiliti Terhad
4. SYARIKAT - Sendirian Berhad (Sdn.Bhd)
                        - Berhad (Bhd)

Bab vehicle ni nanti kita kupas dalam NEXT EPISODE......

Berbalik pada Online Business tadi....


Adakah kita perlu daftar perniagaan.....?? Ya sekiranya kita ni berniaga, maksudnya kita ada produk dan kita jual dlm talian... Maksud ada produk?? Jika kita ni stokis, manufacturer, kita ada kedai utk offline dan online..... Tetapi bagaimana kalau kita cuma dropshipper shj? Perlu daftar?



Dropshipper ni umpama part time worker, salesman kereta... agak2 diaorang ni (salesman kereta sbg contoh) kena daftar perniagaan ke baru boleh kerja sebagai salesman kereta kat kedai2 kereta? Or tokey kedai yang daftar perniagaan diaorang? Salesman ni tak ada basic salary (Most of it), melainkan income mereka berdasarkan komisen jualan sahaja.... Sama tak dengan dropshipper?

Ramai dropshipper ni adalah part timers right...???
Dropshipper ada basic salary? tiada.... income berdasarkan komisen jualan ? ya..... kena tax tak? Ya (Jika income mencecah aras cukai pendapatan... Tax apa yg kena bayar? Income tax...... Fair lah kan... ada income melebihi pendapatan boleh cukai, mestilah kena cukai........

So jangan takut untuk memeruskan usaha dropshipper korang sekelian..... Lagipun dropshipper adalah permulaan asas nak belajar selok-belok perniagaan.... Kenapa saya katakan mcm tu?? Sebab...:-

1.Basically tiada modal... (Terlalu miminum)
2. Tak perlu simpan stok.... Orang nak beli, baru kita order. Orang bayar kat kita, baru kita order... Less risiko
3. Tak perlu susah2 nak Kurier/Pos barang pada buyer - Stokis yang buat
4. Boleh belajar basic account dgn minimum income as starter
5. Boleh perah otak dan kreativiti utk buat marketing, so boleh belajar marketing sikit2 (Walaupun stokis dah buat product marketing)
6. Adalah sikit income tambahan selain income dari kita bekerja
7. Kadang2 Income dropship melebihi dpd income gaji bekerja kita......


MODEL KONSEP DROPSHIPPING


Kalau dah faham dan selesa dgn asas berniaga... Barulah boleh merancang utk buat perniagaan......


Okay?? Harap2 dapat sedikit manfaat dari simple guidance mi... kalau tak faham dan memang nak buat syarikat, boleh call 011.2709.7066 utk dapatkan nashiat..... Kami adalah Setiausaha Syarikat yg dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia...... Boleh dtg opis kami kalau nak sembang2 pasal syarikat..........



" Providing You The Business Freedom Of Mind"

www.csharuna.blogspot.com

Apa yang best kat REMBAU?? Red Armada Studio & Academy...... Apa tu??

Kat facebook ni ada ceritanya..... https://www.facebook.com/RedArmadaStudio/

Search

Blog Archive

Ads