19.6.16

SEKILAS - PEROLEHAN TENDER KERAJAAN....... BAGAIMANA?




ILLUSTRATION - BY ELECTION
Selesai sudah dua pilihanraya kecil. PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar yang telah dimenangi oleh Barisan Nasional..... Yes.. Move on....

Sekarang kita bongkar rahsia tender kerajaan yang ramai yang belum tahu....

Pada dasarnya perolehan kerajaan terbahagi kepada kategori seperti dibawah:

  1. Pembelian Terus
  2. Sebutharga
  3. Tender

APA ITU PEMBELIAN TERUS

Perolehan pembelian terus ini dilakukan utuk perolehan yang bernilai maksima RM 10k
Perolehan ini diurus oleh institusi kerajaan itu sendiri

Contoh: Satu jabatan didalam institusi kerajaan memerlukan perolehan mesin Photostat yang bernilai sebanyak RM 7K. Maka pembelian ini boleh diuruskan oleh Jabatan itu sendiri setelah mendapat kebenaran Pengarah institusi tersebut. Jadi pembelian peralatan ini boleh dilakukan secara Pembelian Terus. Serba serbi perolehan ini adalah diuruskan oleh jabatan dan instutisi berkenaan. Perolehan ini dibuat disebabkan ada keperluan yang mesti diselesaikan segera. Oleh itu, tawaran perolehan ini adalah secara terus kepada vendor berdaftar yang dipilih. Maksud berdaftar di siniialah, Vendor yg berdaftar dengan institusi berkenaan.



APA ITU SEBUTHARGA

Sebutharga adalah merupakan satu cara perolehan kerajaan yg dilaksanakan oleh institusi kerajaan. Nilai perolehan adalah maksima sebanyak RM 250K (sesetengah institusi/kementerian sudah menaikkan aras ini lebih tinggi).

Pengurusan Sebutharga adalah dilakukan oleh institusi kerajaan tersebut setelah mendapat kebenaran daripada kementerian dimana institusi itu terlibat. Tawaran sebutharga adalah dibuka kepada public. Tidak secara terus kepada vendor yang dipilih. Oleh itu, public harus membida sebutharga ini dengan tawaran2 harga dan teknikal masing2.



APA ITU TENDER

Tender adalah merupakan satu cara perolehan kerajaan yang dilaksanakan oleh kerajaan melalui Kementerian yang terlibat. Pengurusan tender tersebut adalah dilakukan oleh Kementerian yang terlibat bagi pihak institusi dibawah seliaan kementerian yang terlibat. Nilai perolehan adalah sebanyak RM 250k (Mungkin aras ini juga telah dinaikkan) dan keatas. Tawaran adalah dilakukan secara terbuka kepada awam. Syarikat2 perlu membida dengan tawaran teknikal dan harga masing2.

Lebih kurang secara asasnya, begitulah serba sedikit sistem perolehan kerajaan setakat ni.



BAGAIMANA MENGETAHUI NILAI SESEBUAH TENDER?

Baiklah, bagaimana kita dapat tahu nilai sesuatu tender tersebut?. Selalunya, tender2 kerajaan akan ditawarkan melalui iklan suratkhabar @ website, dsb. Setelah kita baca tajuk2 tender tersebut, pastinya kita akan pilih tender2 tertentu yang terlibat dengan bidang syarikat kita sendiri.

CONTOH

 Selepas itu, boleh lah kita ke pejabat pentadbiran @ secara online @ E-Perolehan utk membeli dokumen tender. Baik, semasa nak beli tender ni, kita diminta utk sediakan Bank Draft sebanyak… RM______

Ada yg RM 50… RM 100… RM 200 dan sbgnyer… Pointer paling mudah as basic utk kita membuat bayangan nilai tender sebenar (budget tender) adalah, jika nilai dokumen tender yg kita beli itu sebanyak RM 100… Boleh dikatakan Nilai Tender tersebut ialah lebih kurang RM 1 Juta… mcm tulah lebih kurangnyer…

 


ILLUSTRATION

SYARAT AM TENDER / SEBUTHARGA / PEMBELIAN TERUS

  1. Syarikat Sdn.Bhd / Enterprise
  2. Mempunyai Sijil Kewangan (mengikut kod bidang)
  3. Berdaftar dengan E-Perolehan
  4. Berdaftar dengan GST (Sebahagian Tender Kini)
  5. Syarikat bertaraf Bumiputera (Boleh dikatakan hampir semua tender kerajaan)
  6. Nilai Syarikat (Modal Berbayar)
  7. Lain2 syarat khusus tender (Berdaftar dgn CIDB atau Suruhanjaya Tenaga
  8. Dan sebagainya

 

ILLUSTRATION
KENAPA SAYA GAGAL UNTUK MENYERTAI TENDER
  1. Perniagaan bertaraf Enterprise (Kebanyakan tender layak kepada Syarikat Sdn.Bhd)
  2. Tidak Mempunyai Sijil Kewangan
  3. Tidak Mempunyai Status Bumiputera
  4. Modal berbayar (Paid-Up Capital) nilai syarikat lebih rendah daripada syarat dikehendaki oleh tender
  5. Tidak mempunyai audited akaun
  6. Tidak mematuhi kriteria
  7. Tawaran spesifikasi yang lebih rendah atau tidak “comply”
  8. Tawaran harga yang terlampau tinggi
  9. Tidak mempunyai sijil2 yg dikehendaki seperti CIDB, Suruhanjaya Tenaga dsb.
  10. Dan sebagainya

 

KENAPA ENTERPRISE SAYA TIDAK DIPILIH UNTUK MEMENANGI TENDER?

ILLUSTRATION
Walaupun ada sesetengah tender sbg contoh tender kantin sekolah, tidak menitikberatkan samada tender itu dibida oleh Enterprise atau Syarikat Sdn.Bhd, tetapi boleh dikatakan majoriti Tender meletakkan syarat2 yang menjurus kepada Syarikat Sdn.Bhd. Terkini, yg didengar di “Market”, syarat tender memerlukan syarikat sdn.bhd yang sudah mempunyai 3 tahun Laporan Audit (Haaa nampak kan? Enterprise disqualified, sebab enterprise tiada laporan Audit)

Okay, dibawah ini disenaraikan serba sedikit:

  1. Enterprise boleh disamakan dengan individu (Perseorangan) manakala Sykt Sdn.Bhd adalah Pertubuhan
  2. Enterprise tidak ada dokumen yang menyatakan Nilai Syarikat (Paid-Up)
  3. Enterprise tidak mempunyai Laporan Audit

Ini adalah merupakan kriteria2 basic yang menggagalkan perolehan tender diperingkat awal, walaupun jadual teknikal spesifikasi kita comply dengan dokumen tender dan tawaran harga kita lebih murah, tetapi pemilihan tetap akan ditolak….. disebabkan dokumen jadual komersil kita tidak memenuhi syarat2 tender……


Actually banyak lagi sebab2 kenapa Enterprise amat sukar untuk memasuki tender2 kerajaan….. Jadi sebagai usahawan, anda harus berfikir semula pemilihan anda untuk menggunakan Enterprise utk memenangi perolehan tender kerajaan……



ENTERPRISE NAK UPGRADE KEPADA SYARIKAT SDN.BHD

Setengah orang berpendapat, saya cuba daftar enterprise dulu sebab murah, nanti saya upgrade ke sdn.bhd pabila bisnes saya semakin besar…

Do it right from beginning… Does it rings any bell??

Soalan yang biasa kami terima:

1.Bolehkah saya nak upgrade Enterprise saya kepada Sdn.Bhd?

Jawapan : TIDAK BOLEH sama sekali dan tidak dibenarkan

2. Apa yang saya boleh buat jika saya telah mempunyai Enterprise?

Jawapan : Daftar Syarikat Sdn.Bhd yang baru @ Ambil alih syarikat sedia ada

3.Bolehkah  Sijil Kewangan, Sijil Bumiputera, GST, Sijil CIDB, Sijil Suruhanjaya Tenaga, atau any sijil2 yang ada  yang telah  didaftarkan untuk Enterprise saya, dipindahkan kepada Syarikat Sdn.Bhd yang saya akan/baru tubuhkan?

Jawapan: TIDAK BOLEH. Sebab Enterprise adalah Entiti lain dan Syarikat Sdn.Bhd Entiti lain, walaupun pemilik yang sama dan nama syarikat yang sama

4. Apa jadi dengan rekod kewangan Enterprise saya?

Jawapan : Rekod kewangan tersebut tidak boleh dan tidak akan dirujuk sebagai rekod kewangan Syarikat Sdn.Bhd yang baru ditubuhkan. Oleh itu, rekod kewangan enterprise tersebut tidak boleh digunakan sebagai rujukan oleh bank sekiranya kita ingin mendapatkan kredit fasiliti bagi tender yang kita sertai.

5. Sekiranya situasi2 diatas berlaku, apa faedahnya saya tubuhkan Sykt Sdn.Bhd?

Jawapan: Perkara2 di atas dimaklumkan adalah supaya kita dapat minda yang terbuka sebelum memilih Enterprise atau Syarikat Sdn.Bhd. Maknanya, sekiranya kita telah target untuk menyertai tender2 kerajaan dan kita boleh menjangkakan business plan yang panjang, maka kita harus consider menubuhkan Sdn.Bhd rather than Enterprise.

6. Orang kata sukar untuk mengendalikan Syarikat Sdn.Bhd berbanding Enterprise.. Iye?

Jawapan: Perbezaan ketara yang boleh kita lihat adalah seperti dibawah:

  • ENTERPRISE
  • Enterprise wajib utk buat Laporan Kewangan dan Cukai.
  • Pemilik Enterprise yang menguruskan hal2 Enterprise
  • Pengeluaran wang tanpa pemantauan

  • SYARIKAT SDN.BHD
  • Syarikat Sdn.Bhd Wajib utk buat Laporan Kewangan, Cukai dan Audit (Ada extra 1 perkara berbanding enterprise iaitu Audited Report, dimana report ini skrg menjadi perlu untuk menyertai tender)
  • Hal2 penubuhan syarikat diuruskan oleh Setiausaha Syarikat. Pemantauan, peringatan,nasihat diuruskan oleh setiausaha syarikat…. Lebih sistematik.
  • Pengeluaran wang syarikat lebih terurus sebab akan diaudit.
  • Fee Setiausaha Syarikat setahun = Sebulan gaji basic staff  sebulan sahaja

So, Syarikat Sdn.Bhd ada 2 extra things berbanding Enterprise –
1. Laporan Audit.
2. Fee Setiausaha Syarikat. Itu shj perbezaan yg ketara.

Tetapi bila kita baca semula perkara2 yg dinyatakan di atas, bolehlah kita rumuskan bhw Sykt Sdn.Bhd mempunyai lebih banyak kelebihan dan kelayakan utk memenangi tender rather than Enterprise, So kos2 tambahan spt. Laporan Audit dan Fee Setiausaha Syarikat itu, bolehlah diserapkan kepada kos tender. Basically, as if anda tidak membayar apa2 kos pun, tetapi anda punyai span dan spectrum yang luas dan peluang yang lebih cerah untuk memenangi tender. Ianya boleh dianggap sebagai investment/modal/kos perniagaan……. Bagaimana tiada pelaburan, tiada modal dan kos kita hendak meraih keuntungan kan? Teori umum asas perniagaan kan…

Perkara utama yg anda harus nampak dan fikirkan adalah, dengan Syarikat Sdn.Bhd, anda sudah mempunyai kelayakan untuk menyertai tender berbanding Enterprise. Ini adalah basic scenario yang ada untuk menyertai perolehan kerajaan…

Jadi fikir2kanlah….





Harap2 artikel ini dapat membantu ramai orang diluar sana untuk mengetahui scenario perolehan tender kerajaan

Sekiranya, anda kini mempunyai ENTERPRISE dan berfikir untuk Menubuhkan Syarikat Sdn.Bhd, tetapi anda tidak pasti…. Hubungi Hotline kami di 011.2709.7066…. Kami berbesar hati untuk berikan khidmat Nasihat PERCUMA untuk anda.

Kami adalah The Corporate Consultant which is professionally licensed by Suruhanjaya Syarikat Malaysia….. Jom kita “Teh Tarik” pasal projek tender dan syarikat sdn.bhd… Sekurang2nya You are professional advised rather than nasihat yang agak2 dan just assumption… right?.....Let us be friends for benefits and success we search and conquest…. We are looking forward and ready to assist all entrepreneurs to be success in making a business decision….



------- We provide you a business freedom of Mind --------



Salaaam Sahur semua….. Bangkitlah untuk keberkatan…..









0 comments:

Post a Comment

Search

Blog Archive

Ads