15.6.16

KELEBIHAN MEMILIKI SYARIKAT SDN.BHD ........ KETAHUI BAGAIMANA...!!

 
Bagaimana ....??? Baca selanjutnya HINGGA AKHIR

Boleh dikatakan, ramai bumiputera berminat memulakan perniagaan mereka dengan cara Milikan Tunggal (Sole Proprietorships), Perkongsian (Partnership).











Eh.. apa kaitannya dengan Tajuk kat atas... Bacalah selanjutnya.....


Terbaru ditawarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia ialah Perkongsian Liabiliti Terhad (P.L.T)

Selain daripada itu, yang biasa kita ketahui adalah Syarikat Sendirian Berhad (Sdn,Bhd) dan juga Syarikat Berhad (Bhd).

Jadi di sini dapat kita senaraikan jenis-jenis medium perniagaan seperti dibawah:-

1. Milikan Tunggal dan Perkongsian (Didefinasikan sebagai Perniagaan). Pendaftaran dijalankan dibawah Registrar Of Business (R.O.B) (Akta Perniagaan)

2. Perkongsian Liabiliti Terhad

3. Sendirian Berhad (Sdn.Bhd) dan Berhad ( Didefinasikan sbg Pertubuhan Berdasarkan Keuntungan). Pendaftaran dijalankan dibawah Registrar Of Company (R.O.C) (Akta Syarikat)

So, semua tu adalah jenis2 medium utk berniaga yang berbeza-beza. Yang mana patut kita pilih?

Ye pilihan adalah sangat mudah untuk kita buat. Secara asasnya, kita kena tahu serba sedikit berkenaan ketiga-tiganya baru boleh pilih……. Kalau nak tahu fasal perkara2 diatas, boleh lah hubungi kami di 011.2709.7066 (telegram), 012.773.5990 (whatsapp), atau boleh juga hubungi kami di Facebook/secretary.company, twitter dan IG @csharuna… Atau comment diblog ni…..

Yang paling mudah adalah kita boleh buat pilihan dengan mengukur kadar income kita sendiri….

Kalau income bisnes kita sebulan dlm RM 1000… maka rasanya tidak perlu kita tubuh syarikat berskala Berhad kan…

Ataupun, jika income perniagaan kita, sebulan mencecah puluhan atau ratusan ribu, tak kan kita nak gunakan medium perniagaan kita dengan saiz Milikan Tunggal Shj….. Sebab ada Pro and Cons nyer… lebih kurang macam tu lah

Posting kali ni bukanlah kita nak cerita berkenaan medium perniagaan ini, tetapi berkenaan.......
BAGAIMANA SYARIKAT SDN.BHD DAPAT MEMBANTU WARIS TERDEKAT YANG KITA TINGGALKAN WALAUPUN TANPA WASIAT.

So disini saya nak share sedikit cerita dari pengalaman seseorang yang saya jumpa di sebuah program sebelum ini… Kalau tgk posting yang lalu di https://csharuna.blogspot.my/2016/01/hot-bersama-dato-nurul-hidayah-bt-dato.html.

Saya ada berkongsi berkenaan Program Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (J.U.M.P) yang anjurkan oleh Pertubuhan Jaringan Usahawan. Program yang dirasmikan Oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi….

Dipendekkan cerita, pada waktu take 5 tu, dapatlah saya bersembang2 dengan salah seorang peserta program yg merupakan seorang pegawai kerajaan dibhg Penerangan Malaysia.

Selepas berkenal2 serba sedikit, dapatlah saya tahu bahawa dia berasal dari Tawau…. lebih kurang berjumpa dengan orang sekampung dengan saya jugalah, saya juga berasal dari Tawau Sabah..… Dan daripada masa itulah saya juga memperkenalkan diri sebagai seorang Setiausaha Syarikat…

Apabila beliau tahu bahawa saya seorang Setiausaha Syarikat, topic perbincangan menjurus lebih berkisar kepada topic usahawan bumiputera ..... Kebetulan, beliau telah ditugaskan untuk membangunkan program2 usahawan dan memperkasakan usahawan2 sedia ada….. Kami dapat berkongsi serba sedikt pendapat masing2 berkenaan usahawan2 bumiputera di Malaysia…. Bermulanya dengan cerita yang pendek, berlanjutan kepada topic yang panjang...

Kami seronok berkongsi pengalaman, pandangan dan pendapat masing2, bertukar idea-idea yang baik dan sedar tak sedar masa masa berlalu dengan cepat. Akhirnya, kami dapati dan bersetuju bahawa ramai usahawan bumiputera lebih selesa dan berminat untuk menjalankan perniagaan menggunakan medium Milikan Tunggal atau pun perkongsian. Amat kurang yang berpandangan dan selesa untuk menggunakan Syarikat Sdn.Bhd sebagai medium perniagaan mereka….. 
Yelah, ada sebab2 mengapa keadaan ini berlaku... ada pro and cons nyer yang masing2.

Yang TERBAIK dan Paling BEST sekali adalah cerita selanjutnya dari kenalan baru saya ini, sesuatu yang jarang terlintas di minda2 usahawan2 bumiputera...... Baiklah.. pegawai ini pun menyambung cerita lagi dengan pengalamannya sendiri …..

Kisahnya bermula dengan kisah keluarga angkat beliau di Tawau… dimana bapa angkatnya memiliki Syarikat Sdn.Bhd yang dikongsi bersama dengan dua lagi kenalan (Maksudnya Sykt Sdn.Bhd ini mempunyai 3 orang Pengarah). Alhamdulillah, saban tahun, Syarikat ini berdaya maju, dimana bapa angkatnya dapat menyara keluarga dan anak2 sehingga melanjutkan pelajaran sehingga ke luar negara….

Sehinggalah suatu hari, bapa angkatnya telah meninggal dunia…. Jadi beliau pun bergegas dari semenanjung Malaysia, mengambil penerbangan terus kembali ke Tawau utk menziarahi keluarga angkatnya seterusnya menguruskan jenazah bapa angkatnya sehingga selesai dikebumikan….

Jadi pada sebelah malam harinya, beliau tampil dan berbual dengan mak angkat beliau, dan seterusnya bertanya kepada mak angkat beliau pasal apa yang patut dibuat setelah kematian bapa angkatnya.

Pokok perkara bagaimana hendak menguruskan kehidupan lantaran setelah kematian suami. Yelah... mana nak cari punca rezeki setelah kematian suami, nak menanggung pelajaran anak diluar negara, bayaran bil2 lain dan yang penting macamana nak meneruskan dan menyara kehidupan seharian.

Mak angkat beliau adalah merupakan seorang surirumah sepenuh masa… Arwah suami tidak meninggalkan wasiat utk isterinya….. Jadi pendekatan untuk satu penyelesaian mudah yg diusulkan oleh ibu angkatnya antaranya ialah arahkan anaknya berhenti belajar di luar negara, kemudian, ibu angkatnya akan cari kerja yang boleh dibuat untuk menampung kehidupan seharian…. Kalau nak mengharapkan ..Simpanan suami pun sampai bila sahaja bleh menangung semuanya…..

Ketika masing2 sedang memberbicarakan apa yang patut dibuat seterusnya pada mlm tersebut,rumah mereka dikunjungi oleh rakan kongsi perniagaan arwah.

Maka disinilah bermulanya bagaimana Syarikat Sdn.Bhd dapat membantu waris yang ditinggalkan…Rakan perniagaan arwah telah memaklumkan supaya, anak yang sedang belajar diluar negara tu meneruskan pengajian sehingga selesai…

Kaedahnya yang diusulkan ialah:-

1. Perbelanjaan pembelajaran anak2 semua ditanggung oleh Syarikat.

2. Perbelanjaan harian (Jumlah RM 3000 sebulan) ditanggung oleh Syarikat.

3. Ansuran2 yg tertunggak sekiranya ada, bayaran bulanan kenderaan ditanggung oleh syarikat

4. Lain2 bayaran yang dipersetujui perlu akan ditanggung oleh syarikat….

Tetapi semua penyelesaiain yg ditawarkan oleh rakan kongsi perniagaan Arwah suaminya itu ditolak secara baik. Kalau boleh Mak angkat beliau tak mahu terhutang budi dengan sesiapa pun. Baginya, setelah suaminya meninggal dunia, syarikat tersebut tiada kena-mengena lagi dengan keluarganya…

Kemudian kedua-dua pengarah syarikat tersebut menjelaskan duduk perkara sebenar (Alhamdulillah arwah suami beliau mempunyai business partner yg baik dan jujur)..

Mereka menjelaskan bahawa, semua yang telah ditawarkan oleh mereka itu adalah merupakan hak2 bagi waris arwah yang telah ditinggalkan. Semuanya itu telah ditawarkan merujuk perkara yang terkandung di dalam Memorandum & Article syarikat mereka, Seterusnya, perkara ini juga termaktub didalam Akta Syarikat 1965 yang menyatakan bahawa, sekiranya pengarah Syarikat didapati meninggal dunia, semua saham pengarah yang meninggal tersebut adalah secara automatic dipindah milik kepada waris terdekat (Next Of Kin).

Oleh kerana Isteri arwah adalah merupakan waris terdekat (Next Of Kin), maka semua saham secara automatic menjadi milik Isteri arwah. Seterusnya, semua benifits yang telah ditawarkan oleh kedua-dua pengarah tersebut. kepada isteri arwah adalah merupakan hak isteri arwah yang mengikut nilai keuntungan dan saham syarikat.

Isteri arwah juga tidak perlu bekerja di syarikat tersebut disebabkan tiada pengalaman dan pengetahuan berkenaan syarikat…..

Disinilah sesuatu yang ramai orang terlepas pandang kebaikan Syarikat Sdn.Bhd..... Ramai yang tidak tahu.




 




Sebaliknya pula banyak juga kes2 seperti ini dimana waris tidak tahu hak mereka dan mereka juga diminta untuk menandatangani dokumen2 pindahan milikan saham syarikat kepada pengarah sedia ada (Melepaskan hak waris kepada pengarah sedia ada).



 




Kejadian kes2 seperti ni biasanya berlaku apabila tiada kejujuran, Pengarah/Rakan kongsi perniagaan yang tidak jujur dan waris tidak tahu hak2 mereka…. Maka ramai yang secara paksa atau terpaksa atau ditipu supaya menandatangan surat pindah milikan saham….

 





Baiklah… saya tak nak kupas kes2 tipu yang mcm tu…. Pilihlah Setiausaha Syarikat yang jujur dan fasih berkenaan Akta Syarikat 1965. Yang boleh memberikan Nasihat2 professional. Supaya anda, Syarikat anda, Perniagaan abda dan waris anda dilindungi haknya

Soalan biasa yang kami terima… Bolehkah perniagaan saya (Milikan Tunggal/Perkongsian) dipindah milik kepada waris terdekat saya? 
Jawapannya TIDAK BOLEH.

Okay, berbalik kes2 tertipu seperti diatas…. Apa yang anda boleh buat sekiranya berlaku kes2 seumpama itu?

Sekiranya anda telah diminta untuk menandatangani dokumen2 pindah milikan saham tetapi anda belum belum menandatangani dokumen2 tersebut, boleh lah hubungi kami seperti di contact diatas dan diblog ini. 


Kami telah menerima banyak kes2 dimana Setiausaha Syarikat telah gagal untuk menangani situasi2 seumpama ini apabila melibatkan Akta Syarikat 1965 dimana Setiausaha Syarikat sedia ada tidak fasih dalam undang-undang dan akta Syarikat…

Untuk makluman, ada pelbagai Setiausaha Syarikat yang ada di Malaysia.... Setiausaha Syarikat adalah merupakan individu yang dilesenkan secara professional oleh badan-badan bertauliah seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Majlis Peguam, MAICSA (Badan Professional Setiausaha Syarikat), M.I.A (Badan Professional Perakaunan). 
Kami adalah Setiausaha Syarikat yang telah ditauliahkan Oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia…. 

Dapatkan khidmat nasihat kami as your first or second opinion... PERCUMA jer tu... Okay... Have a good business dear all..... Selamat Bersahur.....


0 comments:

Post a Comment

Search

Blog Archive

Ads