14.1.18

Chapter 1 - Jom Kita Fahami Serba Sedikit Pasal ENTERPRISE

JOM KITA FAHAMI SERBA SEDIKIT PASAL  ENTERPRISE 

ENTERPRISE adalah merupakan satu medium perniagaan yang boleh didaftarkan di S.S.M (Dahulu didaftarkan di Registrar Of Business = R.O.B)


ENTERPRISE

  • Boleh didaftarkan sebagai Milikan Tunggal Atau Perkongsian
  • Punyai liability tidak terhad. Jika perniagaan mengalami kerugian dan ada tuntutan daripada pihak ketiga, asset persendirian juga akan terdedah kepada risiko.
  • Amat sesuai untuk perniagaan kecil dan sederhana.



SALAH FAHAM yang biasa dilakukan

  1. Tak Perlu buat Akaun Untung rugi        - ( SALAH )  -  ( Akaun untung rugi perlu dibuat.)
  2. Tak Perlu bayar Cukai                               - ( SALAH )  -  ( Cukai akan dikenakan sekiranya layak untuk dicukai)
  3. Merupakan sebuah syarikat                      - ( SALAH )  -  ( Ianya adalah merupakan sebuah PERNIAGAAN )
  4. Boleh upgrade kepada Sdn.Bhd               - ( SALAH )  -  ( Tidak boleh Upgrade kepada Sdn.Bhd )
  5. Boleh diwariskan                                          - ( SALAH )  -  ( Enterprise tidak boleh diwariskan )



Apa akan jadi SEKIRANYA sesebuah perniagaan ENTERPRISE (Sbg cth ABC ENTERPRISE) yang telah didaftarkan pada tahun 2011 dan beroperasi selama 7 tahun (Sbg contoh shj) dan memiliki Sijil M.O.F , Sijil C.I.D.B, Sijil Bumiputera dsb, mengalami scenario seperti dibawah:-

SENARIO 1 
Perniagaan Semakin Maju dan Membesar, kemudian pemilik nak tukarkan Perniagaan Enterprise tersebut kepada sebuah Syarikat Sdn.Bhd, Boleh atau Tidak?

TIDAK BOLEH.

  • Pemilik perlu menubuhkan sebuah Syarikat Sdn.Bhd baru (Sbg cth ABC Enterprise Sdn.Bhd)
  • Walaupun Syarikat tersebut mempunyai nama ABC Enterprise, ia adalah merupakan 2 entiti yang berbeza.
  • Pemilik wajib melantik Setiausaha Syarikat untuk Syarikat Sdn.Bhd Tersebut.
  • Sijil MOF,Sijil Bumiputera,Sijil CIDB sedia ada tidak boleh dipindah milik kepada Syarikat Sdn.Bhd yang baharu.
  • Syarikat tersebut perlu membuat pendaftaran baru untuk sijil-sijil tersebut.



SENARIO 2 
Perniagaan pada mulanya maju, kemudian menyusut dan ada tuntutan hutang daripada pihak ketiga

  • Tuntutan boleh dibuat keatas perniagaan dan pemilik, dan disebabkan Enterprise adalah sebuah entiti dimana liability nya tidak terhad, ini bermaksud penuntut boleh membuat tuntutan keatas asset pemilik enterprise sehingga kepada nilai yang sama dengan hutangnya.
  • Maksudnya, Sekiranya enterprise ini didaftarkan pada tahun 2011, Pemilik mempunyai asset yang dibeli pada tahun 1990, penuntut boleh menuntut asset tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Search

Blog Archive

Ads