3.6.16

TAX DAN BISNES ONLINE - APA KAITAN KEDUA-DUANYA??

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak



Yes, Sepanjang tahun berhempas pulas mengusahakan perniagaan untuk mendapatkan hasil keuntungan yang lumayan..... tetapi jangan lupa, bulan Ramadhan ini Allah menjanjikan pulangan yang lebih Lumayan dari segala-galanya bagi yang mengetahui.....

Baru2 ni ada terbaca kat whatsapp member .....viral yg mengatakan dropshipper dan bisnes online kena daftar....Kena cukai.... and so on


TERKINI ...... CUKAI


Mari kita tengok pada sudut perniagaan


Ok.. Sbelum tu, nak berkongsi sedikit sebanyak berkenaan Usahawan dan Perniagaan dulu.... bukanlah banyak mana pun pengetahuan yang ada... Tapi sekadar share pengalaman dan pelajaran yang ada

Info ni pun untuk adalah untuk newbie perniagaan..... Yelah sekarang ni banyak yang menceburi perniagaan, specially perniagaan online... Ada Agen lah, Stokis lah, Dropshipper lah dan macam2 lagi....


Bila dah ramai yang buat Online Business.... Eh..! Eh..!! tetiba pulak peniaga online kena daftar perniagaan... Kaaaaaan???  Pastu (Eh..! Eh..! lagi...hahahaha) dah daftar perniagaan, tahun depan mungkin kena tax pulaaaak lagii.... Adoi laaa..!! GST pun belum habis baca lagi... mcmana ni...?? Banyak nyer nak kena tahu..... 

Banyak nyer nak kena bayar tax... Banyak nyer nak kena buat........ Arrghh...!! Macam susah je nak berniaga.... 

Makan gaji laaaaagi senang..... Kerja jalan ke... tak jalan ke.. Itu gaaajiiiii... dia adaaa jalan jugaaak!!
Itu  kalau orang tu kerja gomen..... Tetapi orang kerja swasta pulak..... Kerja tak jalan..... Korang boleh jaalaaaaaan daaa..!! hehehehehe.......

Iye.. mcm2 persoalan kan? Jadi mcmana nak buat pilihan ni? Susah sangat ke nak buat pilihan.....???

Actually  mudah jer..... Jangan risau..!!

APA YANG PENTING DIDALAM SETIAP PERKARA DI DUNIA??

Ya.. ASAS... Jika asanya kukuh, setiap perkara itu teguh... Sebagaimana muafakat juga, asasnya adalah Toleransi..... Jika Bangunan, asanya adalah Tapak.

Perniagaan juga mempunyai asasnya tersendiri...... Sebenarnya asas perniagaan itu banyak... kat sini cuma sedikit je panduan supaya tak serabut, dan ini adalah perkara yang paling asas sekali.......

So, kat sini mulakan dengan yang paling asas iaitu - 

.......MEMBUAT PILIHAN.......

 Mulakanlah dengan..... perkara yang paling utama....iaitu:-

1. KETUHANAN - Utamakan ALLAH dan RASUL dalam setiap perbuatan dan pilihan. SOLAT Istikharah, DOA dan TAWAKKAL..... Kemudian baru buat yang lain......

2. BERNIAGA or BEKERJA or BOTH..... (Tengok pada kedudukan situasi sendiri, sebab lain orang lain pandangan dan situasi mereka)

3. PLANNING - Perancangan perniagaan, Market survey, Tools Marketing . Nak guna IG ke Nak guna FB ke or mcm2 lagi tools... But "Blueprint" bisnes mesti ada ...

4. OBJEKTIF - Untuk apa berniaga? Bosan bekerja? Member ramai yang berniaga? Trend sekarang ramai yang berniaga? ...... (Objektif mesti kena jelas dan kukuh sebab apa nak berniaga) Bila objektif tepat dan kukuh, kita akan usahakan perniagaan kita itu supaya berjaya sebagaimana yang kita kehendaki..... Kalau saja2 nak ikut2 orang (Mungkin accidentaly berjaya or mungkin tidak)

5. FOKUS- Fokus ni memerlukan inisiatif dan disiplin diri. Macam kerja jugak, kita berusaha supaya pangkat, gaji dan bonus bertambah setiap tahun.... Perniagaan pun sama... Kita tak boleh tak fokus dan sambil lewa dan malas ...... (Macam selalu bila kita berurusan di kaunter2 tertentu, layanan yang kurang memuaskan dari pegawai2 - Biasalah prinsip diaorang tu, kerja lebih ke, kurang ke, gaji tetaaaap jalaaaan....hahahaa, sabarkan diri je laaaa). Perniagaan kita ni tak boleh buat macam tu.... sebab, kalau kita tak usahakan kira taraaak gaji laaaa .....

6. OPTIMIS DAN POSITIF - Sentiasa Optimis dan Positif... Respect perniagaan anda, Respect Pelanggan anda dan Respect diri anda..... Buang aura2 negatif, suara2 sumbang jangan layan........


Semua diatas tu adalah yang sangat2 paling asas dan simple tetapi memberikan impak yang besar pada perniagaan anda......


Selepas itu......  kalau dah buat semua2 tu... sekarang perniagaan anda nak berlandaskan apa? Maksudnyer "Vehicle" perniagaan anda..... Huh vehicle??Yaaa.... Perniagaan adalah merupakan satu transaksi antara dua pihak... Kalau dulu2 sebelum matawang wujud, semua transaksi adalah menggunakan sistem BARTER..... Tukar barang (Zaman sekarang pun masih ada menggunakan sistem ini). 

OK berbalik pada "Vehicle" tadi....... Bila transaksi berlaku, duit nak simpan kat mana? Dalam tabung boleh, Akaun bank boleh atau mcmana pun kita nak simpan tak menjadi masaalah .... Kalau income dropshipping  Bulanan RM dua tiga ratus, boleh lah simpan kat wallet je kan?? Tapi kalau income masuk RM ribu2 sehari, tak kan nak simpan duit dlm wallet mcm tu je kan? Mestilah ada proper akaun, dan disimpan dalam bank.....

Kalau simpanan dalam bank banyak... sebulan RM ribu2 lemon, rasa2nya kena cukai tak? Kat sinilah kenapa perlunya "Vehicle" sesebuah perniagaan... Supaya Akaun perniagaan teratur..... Kalau kena tindakan cukai pun... kita tahu yang mana income, yang mana kos.... Betul tak??

OKAY...Berikut ini yang dimaksudkan "Vehicle".... or "kenderaan" (Jenis2 Vehicle) bagi transaksi perniagaan anda...

1. SOLE PROPRIETOR - Milikan Tunggal
2. ENTERPRISE - Perkongsian
3. PLT - Perkongsian Liabiliti Terhad
4. SYARIKAT - Sendirian Berhad (Sdn.Bhd)
                        - Berhad (Bhd)

Bab vehicle ni nanti kita kupas dalam NEXT EPISODE......

Berbalik pada Online Business tadi....


Adakah kita perlu daftar perniagaan.....?? Ya sekiranya kita ni berniaga, maksudnya kita ada produk dan kita jual dlm talian... Maksud ada produk?? Jika kita ni stokis, manufacturer, kita ada kedai utk offline dan online..... Tetapi bagaimana kalau kita cuma dropshipper shj? Perlu daftar?



Dropshipper ni umpama part time worker, salesman kereta... agak2 diaorang ni (salesman kereta sbg contoh) kena daftar perniagaan ke baru boleh kerja sebagai salesman kereta kat kedai2 kereta? Or tokey kedai yang daftar perniagaan diaorang? Salesman ni tak ada basic salary (Most of it), melainkan income mereka berdasarkan komisen jualan sahaja.... Sama tak dengan dropshipper?

Ramai dropshipper ni adalah part timers right...???
Dropshipper ada basic salary? tiada.... income berdasarkan komisen jualan ? ya..... kena tax tak? Ya (Jika income mencecah aras cukai pendapatan... Tax apa yg kena bayar? Income tax...... Fair lah kan... ada income melebihi pendapatan boleh cukai, mestilah kena cukai........

So jangan takut untuk memeruskan usaha dropshipper korang sekelian..... Lagipun dropshipper adalah permulaan asas nak belajar selok-belok perniagaan.... Kenapa saya katakan mcm tu?? Sebab...:-

1.Basically tiada modal... (Terlalu miminum)
2. Tak perlu simpan stok.... Orang nak beli, baru kita order. Orang bayar kat kita, baru kita order... Less risiko
3. Tak perlu susah2 nak Kurier/Pos barang pada buyer - Stokis yang buat
4. Boleh belajar basic account dgn minimum income as starter
5. Boleh perah otak dan kreativiti utk buat marketing, so boleh belajar marketing sikit2 (Walaupun stokis dah buat product marketing)
6. Adalah sikit income tambahan selain income dari kita bekerja
7. Kadang2 Income dropship melebihi dpd income gaji bekerja kita......


MODEL KONSEP DROPSHIPPING


Kalau dah faham dan selesa dgn asas berniaga... Barulah boleh merancang utk buat perniagaan......


Okay?? Harap2 dapat sedikit manfaat dari simple guidance mi... kalau tak faham dan memang nak buat syarikat, boleh call 011.2709.7066 utk dapatkan nashiat..... Kami adalah Setiausaha Syarikat yg dilesenkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia...... Boleh dtg opis kami kalau nak sembang2 pasal syarikat..........



" Providing You The Business Freedom Of Mind"

www.csharuna.blogspot.com

Apa yang best kat REMBAU?? Red Armada Studio & Academy...... Apa tu??

Kat facebook ni ada ceritanya..... https://www.facebook.com/RedArmadaStudio/

0 comments:

Post a Comment

Search

Blog Archive

Ads